Suku Batu Belang adalah salah satu suku di antara dua belas suku di dalam adat Pepatih Negeri Sembilan.
Secara ringkas, Suku Batu Belang sekarang ini terdiri dari lingkungan tiga "Perut" yang bermaksud berasal dari tiga keluarga yang berbeza namun asalnya dari induk yang sama. Asalnya ada empat perut tetapi sekarang ini cuma tinggal tiga perut sahaja iaitu :
1. Perut Bukit - di mana ramai dari kampung Kuala Talang, kampung Purun dan Tanjong Ipoh.
2. Perut Lekuk - di mana ramai dari kampung Purun, Melang dan Ulu Pilah.
3. Perut Gemetir - di mana ramai dari kampung Gemetir dan kampung Talang.
Mengikut kefahaman saya perut yang lagi satu itu adalah perut bersandar. Oleh kerana mereka tidak ramai perut ini hilang dan mereka masuk ke dalam perut yang tiga ini.
Serba sedikit mukadimah perihal Suku Batu Belang. Sekiranya fakta ini kurang tepat. Mana yang ada kefahaman boleh membetulkannya.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan