Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 31 Mac 2023

HARI HOL YM TUAN TULIS ISMAIL

 



ATURCARA HARI HOL YM TUAN TULIS ISMAIL

Tarikh : 1 April 2023 ( Sabtu )

Masa : 6.00 – 7.00 petang

Tempat : Masjid Tuan Tulis Ismail

 Kampung Kuala Talang

4.30 Petang - Solat Asar

Persembahan Qasidah

Bacaan Al Quran

6.00 - Perkongsian Ilmu – Rahsia Keramah Kewalian

Ahli Panel

YBhg. Tuan Dr. Muhamad Yusry bin Mazlan

Imam Besar,

Masjid Negeri, Negeri Sembilan.

YBhg. Profrsor Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd

Rosli bin Saludin.

Tokoh Budaya, Sejarah dan Adat

7.22 - Majlis Berbuka Puasa

Solat Maghrib

Tahlil Khas Untuk YM Tuan Tulis Ismail

Solat Isyak

Solat Sunat Terawih

Penyampaian Sumbangan Anak Anak Yatim


Sabtu, 18 Mac 2023

TAHLIL PERDANA - MASJID YM TUAN TULIS ISMAIL

 


TARIKH : AHAD 19.3.2022

Tahlil Perdana Maajid Tuan Tulis. Jam 10.30pagi. (Bacaan Yassin, Tahlil, Taskirah, solat Zuhur dan Jamuan Makan )

Jemput hadir semua ahli kariah Masjid Tuan Tulis dan ahli Grup MTT ini untuk hadir ke Masjid, bersama kita membaca Yassin dan Tahlil aruah mak ayah, datuk nenek  serta ahli ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia sempena nak menyambut Ramadhan ini.

J E M P U T     D A T A N G

Isnin, 20 Mei 2019

MENYUBUR ADAT WARISAN PEPATIH

06hb. Mei 2019. TV3 menerusi program Majalah 3 telah menyiarkan satu dokumentari adat yang diamalkan dalam masyarakat adat Pepatih bertajuk "MENYUBUR ADAT WARISAN PEPATIH"
Laporan oleh Roslan Zainal Abidin

Syeikh Tuan Tulis Ismail Hussein

Makam Syeikh Tuan Tulis, Kuala Pilah, N9

 
Lokasi
Makam Syeikh Tuan Tulis terletak di Kampung Kuala Talang, Tanjung Ipoh Kuala Pilah, lebih kurang 10  kilo meter dari Pekan Kuala Pilah. Sekiranya melalui jalan dari arah Ulu Bendul/ Seremban ke Kuala Pilah, simpang masuk ke kampung Talang adalah di sebelah kiri. Jarak dari simpang tersebut ke Makam Syeikh Tuan Tulis lebih kurang 1 kilo meter. Makam Syeikh Tuan Tulis terletak di dalam kawasan Masjid Tuan Tulis (menghadap mihrab), iaitu dalam binaan berbumbung berwarna kuning.

 

 



Keterangan
Syeikh Tuan Tulis atau nama sebenar beliau Haji Ismail Hussein merupakan seorang tokoh agama dan wali Allah yang terkenal di Negeri Sembilan, khasnya di sekitar Kuala Talang, Kuala Pilah. Beliau dilahirkan pada tahun 1840 (ada juga keterangan yang menyebut dalam tahun 1860-an) dan meninggal dunia pada tahun 1922, dalam bulan Ramadhan ketika berzikir selepas solat subuh. Beliau telah membina masjid yang dikenali sebagai masjid Tuan Tulis di Kuala Talang, Tanjung Ipoh Kuala Pilah dan masih digunakan sehingga kini.
 Beliau dilahirkan dari keluarga yang miskin. Kecintaannya terhadap ilmu agama mendorongnya berjalan kaki sampai ke Termerloh, Pahang untuk berguru dengan Tok Ayah Man (Tuan Haji Abdul Rahman), seorang ulama terkemuka pada zaman itu.
 Beliau dikenali dengan gelaran Tuan Tulis kerana kerajinan dan ketekunannya menyalin  semula kitab yang dipelajarinya. Ada pendapat mengatakan beliau menyalin dan menulis kitab-kitab yang dipelajari yang dipinjam dari kawan sepengajian kerana tidak mampu membelinya. Pendapat lain mengatakan beliau menjadi jurutulis gurunya Tok Ayah Man, kerana itu Tok Ayah Man memanggilnya Ismail Tulis . Antara kitab yang disalin dan ditulis adalah Kitab Tafsir Jalalain dan 30 juzuk al-Quran.
 
 Dakwat yang digunakan oleh Syeikh Tuan Tulis diperbuat dari campuran arang para dan getah limau kasturi. Penanya pula dibuat daripada bilah segar kabung.  Syeikh Tuan Tulis juga mempunyai hubungan rapat dengan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad ibnu Tuanku Antah. Binaan makam beliau dibina oleh Tuanku Muhammad ekoran satu kejadian aneh yang dialami baginda semasa mendapatkan rawatan di London dalam tahun 1925.


Kononnya ketika beliau sedang mendapatkan rawatan di sana, Syeikh Tuan Tulis datang menziarahinya dan meminta segelas air dan berdoa. Air yang telah didoakan disapu ke bahagian anggota tubuh yang sakit manakala bakinya diminum oleh Tuanku Muhammad. Selepas mendapat rawatan secara tradisional dari Syeikh Tuan Tulis, baginda merasa sihat dan beransur pulih.Kemudian baginda masuk ke bilik untuk mengambil sesuatu sebagai hadiah kepada Syeikh Tuan Tulis.  Apabila keluar dari bilik tersebut, baginda mendapati Syeikh Tuan tulis telah ghaib dan ketika itu barulah baginda menyedari bahawa Syeikh Tuan Tulis sebenarnya telah meningggal dunia tiga tahun lalu (1922). Setelah pulang dari London, baginda memerintahkan agar bangunan di bina ke atas makam wali Allah tersebut.
 
 Syeikh Tuan Tulis dikenali sebagai seorang yang zuhud, warak dan ‘alim. Beliau sentiasa menjadi rujukan masyarakat sekeliling sekiranya ada masalah. Syeikh Tuan Tulis juga suka bergaul dengan orang jahil dan selalu berdakwah kepada mereka.  Seorang tuan guru yang berwatak pemimpin dan pembimbing, Syeikh Tuan Tulis menyebarkan ilmu dan mendidik masyarakat secara halus. Beliau sentiasa bersabar dengan kerenah mereka dan seterusnya mendampingi mereka untuk tujuan dakwah secara menunjukkan teladan (lisanul hal) ini amat berkesan di mana akhirnya orang-orang jahil yang liar dengan agama terpengaruh dan terikut-ikut dengan tingkah lakunya yang mulia itu.
 
Beliau juga digambarkan suka berkain pelikat atau berseluar jerut, berbaju melayu atau baju labuh dan sentiasa berkopiah.
 
Banyak peristiwa luar biasa yang pernah terjadi yang dikaitkan dengan karomah Syeikh Tuan Tulis semasa hidupnya. Suatu ketika ketika hendak bercukur, tukang cukur beliau masuk ke rumah untuk mengasah cukur yang tumpul, dan ketika kembali beliau mendapati Syeikh Tuan Tulis tiada ditempatnya. Setelah beberapa lama, Syeikh Tuan Tulis kembali dan ketika ditanya ke mana beliau pergi, beliau mengatakan telah pergi ke Mekah untuk membantu memadamkan kebakaran di sana. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1900.
 
 


 
Ketika anak muridnya berehat setelah mengerjakan bendang, mereka disajikan dengan buah tamar yang segar, seperti baru dipetik dari pohon oleh Syeikh Tuan Tulis, sedangkan tidak terdapat pohon tamar di sekitarnya.
Syeikh Tuan Tulis juga gemar menternak kerbau dan kerbaunya dibiarkan bebas berkeliaran tanpa ditambat. Walau bagaimanapun kerbau-kerbau tersebut tidak pernah memakan padi orang kampung. Diceritakan Syeikh Tuan Tulis telah berpesan kepada kerbaunya agar hanya memakan rumput dan jangan memakan padi orang.
 Di samping menternak kerbau, Syeikh Tuan Tulis juga memelihara beratus-ratus ekor burung merpati dan ketika meninggal dunia, beratus-ratus burung merpati tersebut mengiringi jenazahnya ke tempat pengebumian,melindunginya dari pancaran matahari.  Allahu’alam.

Jumaat, 15 Februari 2019

MAJLIS PENGESAHAN BUAPAK, BESAR WARIS DAN IBU SOKO


Majlis Pengesahan Buapak, Besar Waris dan Ibu Soko Suku Batu Belang Luak Ulu Muar telah diadakan pada 06 Febuari 2019 di kediaman Dato' Senara Angsa Ibrahim bin Haji Ali Kampung Neretah.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis diikuti dengan bacaan Doa.

Kemudian penerangan mengenai majlis pengesahan Buapak, Besar Waris dan Ibu Soko.

Istiadat memperkenalkan Buapak, Besar Waris dan Ibu Soko kepada YM Dato Lembaga Senara Angsa Ibrahim bin Haji Ali Suku Batu Belang Luak Ulu Muar disusuli dengan istiadat penyerahan Mas Manah kepada YM Dato Lembaga.

Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar taat setia Buapak, Besar Waris dan Ibu Soko kepada Dato' Lembaga YM Dato' Senara Angsa Ibrahim bin Haji Ali.



Seterusnya ucapan Dato Lembaga YM Dato' Senara Angsa Ibrahim bin Haji Ali mengambil tempat dan diakhiri dengan bacaan Doa.

Semua tetamu dan hadirin dijemput untuk menjamu selera. 

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Info : Suku Batu Belang Luak Ulu Muar :

To' Lembaga   :  YM Dato' Senara Angsa Ibrahim Bin Haji Ali
Buapak            :  To' Paduka Manti Zainal Mokhtar Bin Haji Ismail
Besar Waris     :  To' Alun Salim Bin Haji Lajim
Ibu Soko          :  Puan Hajah Noraini Binti Haji Suhor


Gambar kenangan Majlis :